Parameswara telah mengambil keputusan untuk
mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka. Ini kerana Parameswara
mendapati Melaka mempunyai banyak keistimewaan. Antaranya ialah;
1. Muara sungai Melaka yang dalam dan
kedudukannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun amat sesuai untuk
dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal.
2. Terdapat bukit yang boleh menjadi petunjuk
pelayaran. Bukit itu juga boleh digunakan untuk mengawal kapal yang keluar dan
masuk ke Melaka.
3. Terdapat banyak pokok bakau di pantai dan muara sungai yang boleh dijadikan kayu api dan dibuat tiang rumah. Pokok api-api pula dijadikan sebagai benteng pertahanan.

0 comments:
Post a Comment