Terdapat tiga asal usul
nama Melaka dari segi istilah bahasa arab, sejarah melayu dan mitos hindu. Istilah Abab mulaqah , malakat Melaka
menjadi tumpuan pedagang-pedagangabab. Mereka meganggap Melaka sebagai mulaqah
iaitu yang bermaksud ‘pertemuan’. Mereka juga menyebut malakat yang bermaksud
‘perhimpunan segala dagang’. Dari segi Sejarah Melayu pula Menurut cerita
sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan
gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan
peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk
dijadikan tapak negeri. Mengikut kepercayaan orang Melayu pada zaman itu,
kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan suatu pekerjaan yang akan
menghasilkan kejayaan.Baginda memerintahkan supaya sebuah negeri dibuka dan
negeri itu dinamakan Melaka, mengambil sempena nama pokok tempat baginda sedang
berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil itu. Dan yang terakhir tentang
mitos hindu sempena ‘pokok amalaka’ . nama ini diambil daripada pokok iaitu
sepohon pokok amalaka yang pertama tumbuh dialam semesta. Pokok ini dianggap
mempunyai kuasa ajaib yang berkaitan dengan kekayaan, kesihatan kekuatan.
Menurut mitos hindu dalam karya skanda purana pokok ini dikaitkan dengan
kediaman agama hindu iaitu Brama, Vishu. Buahnya juga dianggap buah ajaib. Oleh
sebab pelabuhan Melaka berkembang pesat , pedagang-pedagang hindu mengaitkan
Melaka dengan pokok tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment