◉FAKTOR KEJATUHAN MELAKA

Faktor kejatuhan Melaka terbahagi kepada dua dari segi dalaman dan luaran.
Faktor–faktor dalaman
Ø  Kelemahan pemerintahan Melaka
Ø  Kelemahan sistem pemerintahan
Ø  Pegangan agama yang lemah
Ø  Kurangnya perpaduan rakyat
Ø  Sikap pembesar

Faktor-faktor luaran
Ø  Kuasa-kuasa barat mula berminat dengan tapak-tapak perdagangan di timur
Ø  Penghianatan dalam kalangan pembesar
Ø  Portugis menyerang melaka

◉ PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAKA

Terdapat lima cara pemerintahan iaitu SULTAN, BENDAHARA, TEMENGGUNG, BENDAHARI DAN LAKSAMANA. Dari segi 
  • sultan bertanggungjawab Sultan merupakan ketua kerajaan dan ketua agama. Baginda mempunyai kuasa mutlak dalam semua urusan pentadbiran negara. Baginda mempunyai kuasa untuk melantik pembesar, menyelaras kegiatan perdagangan, ketua tentera dan menjalinkan hubungan diplomatik. 
  • Bendahara merupakan ketua pentadbir negara, penasihat utama kepada sultan, ketua angkatan perang dan ketua hakim. 
  • Temenggung merupakan ketua polis dan ketua penjara, ketua protocBendahari menguruskan perbelanjaan negeri,ketua bendahari, ketua urus setia istana, ketua syahbandar dan pemuBendahari menguruskan perbelanjaan negeri,ketua bendahari, ketua urus setia istana, ketua syahbandar dan pemugut cukai atau ufti. gut cukai atau ufti. stana , hakim kes-kes jenayahdi darat, penguasa kota melaka. 
  • Laksamana merupakan ketua angkatan laut, pengawal keselamatan sultan, ketua utusan diraja ke seberang laut 

◉ KEISTIMEWAAN MELAKA


Parameswara telah mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka. Ini kerana Parameswara mendapati Melaka mempunyai banyak keistimewaan. Antaranya ialah;
 1. Muara sungai Melaka yang dalam dan kedudukannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun amat sesuai untuk dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal.
2. Terdapat bukit yang boleh menjadi petunjuk pelayaran. Bukit itu juga boleh digunakan untuk mengawal kapal yang keluar dan masuk ke Melaka.
3. Terdapat banyak pokok bakau di pantai dan muara sungai yang boleh dijadikan kayu api dan dibuat tiang rumah. Pokok api-api pula dijadikan sebagai benteng pertahanan.

◉ ASAL USUL NAMA MELAKA

Terdapat tiga asal usul nama Melaka dari segi istilah bahasa arab, sejarah melayu dan mitos hindu. Istilah Abab mulaqah , malakat Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagangabab. Mereka meganggap Melaka sebagai mulaqah iaitu yang bermaksud ‘pertemuan’. Mereka juga menyebut malakat yang bermaksud ‘perhimpunan segala dagang’. Dari segi Sejarah Melayu pula Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri. Mengikut kepercayaan orang Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan suatu pekerjaan yang akan menghasilkan kejayaan.Baginda memerintahkan supaya sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka, mengambil sempena nama pokok tempat baginda sedang berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil itu. Dan yang terakhir tentang mitos hindu sempena ‘pokok amalaka’ . nama ini diambil daripada pokok iaitu sepohon pokok amalaka yang pertama tumbuh dialam semesta. Pokok ini dianggap mempunyai kuasa ajaib yang berkaitan dengan kekayaan, kesihatan kekuatan. Menurut mitos hindu dalam karya skanda purana pokok ini dikaitkan dengan kediaman agama hindu iaitu Brama, Vishu. Buahnya juga dianggap buah ajaib. Oleh sebab pelabuhan Melaka berkembang pesat , pedagang-pedagang hindu mengaitkan Melaka dengan pokok tersebut.

◉ SINOPSIS SEJARAH MELAKA



(MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH) Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, keturunan majapahit, pada tahun antara 1400 hingga 1403.Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama dan pengasas Kerajaan Majapahit  (1293-1309)yang menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri Kertanegara, raja terakhir (1268-1292) Kerajaan Singhasari, yang kemudian memiliki Puteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326-1350) Kerajaan Majapahit. Beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari. Si puteri kemudian menikahi Singawardana, dan memiliki Putri Sarawardani. Kemudian ia menikahi Ranamenggala, dan memiliki anak bernama Parameswara yang lahir di tahun 1344 pada saat neneknya, Ratu Tribuana Tunggadewi, memerintah Majapahit.
Mengikut riwayat Sejarah Melayu, Parameswara merupakan putera raja Palembang kurun ke empat-belas yang melarikan diri dari musuhnya iaitu orang-orang Jawa. Baginda telah melarikan diri ke Temasik (sekarang dikenali sebagai Singapura) dan menjadikan dirinya sebagai raja. Tidak lama kemudian, baginda dihalau dari Temasik oleh penjajah dari Siam dan dengan pengikut-pengikutnya sampai ke pantai barat Semenanjung Tanah Melayu untuk mencari tempat untuk berselindung. Pada mulanya mereka menjadikan Muar, Johor sebagai tempat untuk bermastautin tetapi keadaannya tidak sesuai kerana terdapat terlalu banyak biawak. Baginda kemudian memilih tempat kedua untuk membina istana tetapi ianya tidak berkekalan.
Parameswara kemudian menjelajah ke tempat lain. Dalam satu rombongan memburu, baginda sampai ke sebuah sungai bernama Bertam. Di sana, beliau terlihat seekor kancil yang dikejar oleh anjing-anjing pemburu baginda telah menendang salah seekor daripada anjingnya jatuh ke dalam sungai. Baginda amat terkejut dengan keberanian kancil tersebut dan dengan serta-merta menamakan tempat tersebut dengan nama Melaka, sempena dengan nama pokok di mana baginda sedang berteduh. Kesultanan Melaka ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.
Melaka ditawan oleh Alfonso de Albuquerque, seorang Wizurai Portugis pada 24 Ogos 1511 dan menjadikannya suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur. Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Melaka, melarikan diri ke daerah pedalaman dan menyebabkan kesukaran kepada pihak Portugis dengan serangan sekejap-sekejap dari tanah daratan dan laut. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana beliau mangkat dua tahun kemudian. St. Francis Xavier, seorang mubaligh Jesuit, tinggal di Melaka selama beberapa bulan pada tahun 1545, 1546 dan 1549 kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.Pada tahun 1641, pihak Belanda menakluk Melaka dengan penewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walaubagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi mereka lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka.
Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perjanjian British-Belanda pada tahun 1824. Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Ia menjadi sebahagian Petempatan Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang pada tahun 1946. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia.